Kami ada sedikit pengalaman bermain permainan video Dune 2000 suatu masa dahulu. Nama-nama seperti Atreides, Harkonnen, Ordos, dan Planet Arrakis bukanlah asing bagi kami. Gaya permainan yang saling tak ubah seperti genre permainan video Command & Conquer: Red Alert menyebabkan ianya mudah dimainkan. Pada masa itu, permainan video tidaklah secanggih permainan video sekarang ini.


Permainan video Dune pernah diadaptasikan ke filem dan ditayangkan pada 14 Disember 1984 dan mencatatkan kutipan sebanyak hanya USD30.9 juta, berbanding kos pembikinan sebanyak hampir USD40 juta. Kini,  Warner Bros. Pictures dalam proses menghasilkan filem terbaharu Dune, yang diarahkan oleh Denis Villeneuve dan merupakan adaptasi dari novel karya Frank Herbert. Saksikan gambar-gambar dari set filem Dune di bawah:



Filem Dune menampilkan barisan pelakon utama seperti Timothée Chalamet (Call Me By Your Name), Rebecca Ferguson (Mission: Impossible — Fallout) dan Oscar Isaac (Star Wars: The Last Jedi). Selain itu, turut ditampilkan adalah barisan pelakon yang tidak kurang hebatnya seperti Zendaya (Spider-Man: Far From Home) Jason Momoa (Aquaman), Dave Bautista (Guardians of the Galaxy), Javier Bardem (No Country For Old Men), Stellan Skarsgard (Thor: The Dark World), Charlotte Rampling (The Night Porter) dan Josh Brolin (Avengers: Endgame).



Dune dijadualkan untuk tayangan di pawagam pada 18 Disember 2020. Walau bagaimanapun, dengan pandemik COVID-19 yang melanda dunia, ada kemungkinan berlakunya penundaan tarikh tayangan filem ini nanti.

KOMEN ANDA

Previous Post Next Post