Poster Dan Trailer Pertama Filem Terbaru Marvel, Guardians Of The Galaxy


Walaupun kami tak berapa kenal dengan watak dari komik Guardians Of The Galaxy oleh Marvel, tetapi kami nak juga berkongsi tentang poster dan trailer pertamanya yang telah dimuatnaik beberapa hari yang lalu. Dikenali sebagai team superhero yang menjelajah angkasa lepas, Guardians Of The Galaxy memang filem superhero yang lain daripada yang lain. Semasa Marvel mula-mula mengumumkan projek filem ini dahulu, ramai yang sangsi dengan apa yang bakal dihasilkan oleh Marvel ini. Saksikan trailer pertama filem Guardians of the Galaxy di bawah :

Manakala di bawah ini adalah poster filem Guardians of the Galaxy :



Tetapi kalau dilihat daripada trailer pertama yang dikongsikan ini, nampaknya bakal ada satu lagi filem yang bakal hit daripada Marvel. Dan kalau dilihat daripada trailer itu juga, ada watak The Collector (daripada end credit filem Thor 2: The Dark World) yang mana secara rasminya membuktikan perkaitan antara filem ini dengan filem Marvel yang lain.


Tak sabar kami nantikan filem Guardians of The Galaxy yang dijadualkan untuk tayangan pada 2014.

KOMEN ANDA

Previous Post Next Post