Penggambaran Filem Guardian Of The Galaxy Vol. 3 Ditangguhkan Serta-Merta!

Sebelum Comic-Con 2018 yang melabuhkan tirainya baru-baru ini, filem Guardians of the Galaxy Vol. 3 telah dijadualkan untuk tayangan pada Mei 2020, mengambil kira waktu penggambarannya yang sepatutnya mengikut jadual awal yang ditetapkan. Namun selepas kontroversi melibatkan pengarahnya, James Gunn yang melihatkan pengarah itu dipecat oleh Disney (selaku pemilik Marvel Studios), filem itu nampaknya akan berhadapan dengan masalahnya. Kini, filem ketiga dalam siri Guardians Of The Galaxy itu telahpun ditangguhkan serta-merta, untuk memberikan ruang kepada Disney dan Marvel mendapatkan pengarah ganti. 


Menurut The Hollywood Reporter, Guardians of the Galaxy Vol. 3 telah ditarik dari jadual asal tayangannya, dan Disney dan Marvel dilaporkan telah "melepaskan" krew-krew penggambaran daripada produksi berkenaan untuk membolehkan mereka menumpukan kepada kerja-kerja lain. Penggambaran sepatutnya dimulakan pada awal 2019, namun dengan perkembangan terbaru ini, nampaknya tarikh mula penggambaran masih lagi samar-samar. 

Walaupun James Gunn dipecat kerana jenaka tidak sensitif yang dimuatnaik di akaun Twitternya sedekad lalu, Disney mengambil serius tentang perkara tersebut, dan menyebabkan pengarah tersebut dipecat. Walau bagaimanapun, para pelakon Guardians Of The Galaxy menyuarakan sokongan terhadap pengarah tersebut,  dengan menulis sepucuk surat meminta Disney mengambil semula Gunn sebagai pengarah. Dave Bautista (Drax) merupakan antara yang lantang mengkritik langkah diambil Disney tersebut. Walaupun Gunn telah mengadakan pertemuan dengan orang nombor satu Disney, Alan Horn pada awal bulan ini, namun Horn menegaskan bahawa Gunn tidak akan diambil semula untuk mengarahkan filem ketiga Guardians Of The Galaxy itu. 

THR turut melaporkan yang Marvel telah mengadakan  pertemuan dengan pengarah filem Thor: Ragnarok iaitu Taika Waititi, walaupun tidak dapat disahkan samada untuk filem Guardians Of The Galaxy Vol. 3 ataupun projek lain dengan Marvel. 

Sumber dari Comingsoon

KOMEN ANDA

Previous Post Next Post