Hantu Kak Limah Catat Kutipan RM1.8 Juta Di Hari Pembukaan?

Filem Hantu Kak Limah kini telah mula ditayangkan di 133 pawagam seluruh Malaysia dan Brunei. Filem francais komedi seram, Hantu Mak Limah berjaya mencatat sejarah selepas meraih kutipan tertinggi berjumlah RM1.8 juta pada hari pembukaannya semalam.



Kutipan tersebut sekali gus merekodkan filem arahan Mamat Khalid itu sebagai filem yang menerima kutipan tertinggi di hari pertama ditayangkan kepada umum.

Filem Hantu Kak Limah merupakan sebuah filem kerjasama Astro Shaw dan Infinitus Gold, dan membariskan pelakon-pelakon seperti Datuk Awie, Delimawati, Zul Ariffin, Uqasha Senrose serta penampilan istimewa Erra Fazira dan Datuk Seri Vida.

Jom ramai-ramai kita tonton filem Hantu Kak Limah di pawagam berhampiran.

KOMEN ANDA

Previous Post Next Post