Paul Walker (Fast And Furious) Maut Dalam Kemalangan Jalan Raya

Pelakon Paul Walker yang terkenal dengan watak Brian dalam francais filem Fast and Furious, terkorban dalam kemalangan jalan raya di Valencia, utara Los Angeles, menurut laman web TMZ. Paul Walker berumur 40 tahun. Beliau merupakan penumpang kepada kereta Porsche yang dipandu rakannya yang hilang kawalan dan terbabas dan terbakar akibat letupan kuat.

sembangfilem-rip-Paul-Walker

Ketika kejadian, Paul Walker dan rakannya itu dalam perjalanan ke satu majlis amal untuk Reach Out Worldwide, dan kedua-duanya meninggal dunia di tempat kejadian.

paul-walker-died-in-fiery-car-crash-sembangfilem

Paul Walker merupakan antara line-up awal untuk siri filem Fast and Furious, dan dalam jadual untuk menyelesaikan penggambaran untuk filem ketujuh siri Fast and Furious. Di luar dunia filem, beliau memang seorang peminat kereta, bahkan kereta Nissan Skyline yang dipandunya dalam filem 2 Fast 2 Furious adalah miliknya sendiri dan kebanyakan stunt kereta dilakonkan sendiri olehnya.

paul-walker-died-in-car-crash-sembangfilem

Kenyataan rasmi daripada wakilnya menyebut:



It is with a truly heavy heart that we must confirm that Paul Walker passed away today in a tragic car accident while attending a charity event for his organization Reach Out Worldwide. He was a passenger in a friend’s car, in which both lost their lives. We appreciate your patience as we too are stunned and saddened beyond belief by this news. Thank you for keeping his family and friends in your prayers during this very difficult time. We will do our best to keep you apprised on where to send condolences.


Dengan kematian Paul Walker (Brian), sudah tentulah jalan cerita Fast and Furious 7 bakal berubah. Dan sudah tentunya siri filem Fast and Furious takkan sama lagi tanpa watak Brian.

RIP, Brian.

Sumber dari Slashfilm

No comments:

Powered by Blogger.