Sebelum trailer rasmi filem The Amazing Spider-Man 2 dipaparkan esok, ditampilkan dahulu gambar-gambar terbaru dari filem The Amazing Spider-Man 2 seperti di bawah :

Sembangfilem_gambar_The_Amazing_Spider-Man_2_1

Sembangfilem_gambar_The_Amazing_Spider-Man_2_2
 Filem yang bakal menemui penonton di pawagam pada 2 Mei 2014 ini kembali menampilkan Andrew Garfield yang memegang watak Peter Parker/ Spider-Man, serta menampilkan watak penjahat yang agak ramai. Mungkinkah ini resepi kegagalan seperti mana filem Spider-Man 3 yang ditunjangi Tobey Maguire?

Sembangfilem_gambar_The_Amazing_Spider-Man_2_3

Sembangfilem_gambar_The_Amazing_Spider-Man_2_4

Juga ditampilkan gambar penjahat utama, Electro selepas transformasinya akibat daripada satu kemalangan di makmal. Difahamkan juga, watak seperti Green Goblin dan Rhino juga akan muncul dalam filem ini.

Sembangfilem_gambar_The_Amazing_Spider-Man_2_5

Bagaimanakah Spider-Man menangani penjahat yang ramai dalam filem The Amazing Spider-Man 2 ini nanti? Dan apakah yang bakal ditampilkan dalam trailer penuh filem ini esok?

KOMEN ANDA

Previous Post Next Post