Poster Terbaru Filem The Amazing Spider-Man 2 : Pandang Pertama Watak Rhino

Minggu lepas, gambar beresolusi rendah poster filem The Amazing Spider-Man 2 telah dimuat naik ke Internet. Dan kini, Sony Pictures telahpun memuatnaik poster filem yang dimaksudkan dalam resolusi tinggi seperti di bawah :

Sembangfilem-poster-Amazing-Spider-Man-2

Poster ini mengesahkan filem The Amazing Spider-Man 2 ini akan mengetengahkan sekurang-kurangnya 3 watak penjahat, termasuk pelakon Dane DeHaan sebagai Green Goblin (serta pelakon Paul Giamatti sebagai Rhino dan Jamie Foxx sebagai Electro). Dan kalau sebelum ini hanya watak Electro yang dapat dilihat penampilan akhirnya, melalui poster ini, dapat dilihat watak Rhino nanti akan memakai sut mecha seakan robot.

Adakah ini pendekatan yang sesuai untuk filem ini? Bagaimana pula dengan peminat tegar komik yang merasakan watak Rhino jauh menyimpang daripada komik asal?

Sumber dari Slashfilm

No comments:

Powered by Blogger.