Kutipan Filem Incredibles 2 Melepasi Paras USD1 Billion!

Filem Disney•Pixar yang lama ditunggu-tunggu, iaitu Incredibles 2 kini dikhabarkan telah melepasi paras USD1 billion! Ini menjadikan filem Incredibles 2 sebagai filem animasi ke-5, dan filem ke-18 Disney yang melepasi jumlah kutipan billion. Filem tersebut menyertai filem Black Panther dan Avengers: Infinity War sebagai filem ketiga Disney tahun ini yang melepasi kutipan USD1 billion.


Jika dilihat kepada rekod kutipan filem Toy Story 3, Finding Dory, dan Incredibles 2, Pixar kini merupakan satu-satunya studio animasi yang menghasilkan 3 filem animasi yang mencatatkan kutipan billion.

Filem Incredibles 2 masih belum selesai ditayangkan, memandangkan ia dijadualkan untuk tayangan di Jepun dan Sepanyol pada minggu ini, dan di Itali dan Jerman pada September nanti.


KOMEN ANDA

Previous Post Next Post