Guardians of the Galaxy 3 Dilaporkan Akan Memulakan Penggambaran Pada 2021!

Marvel Studios dilaporkan akan mengambil masa beberapa tahun untuk memulakan proses penggambaran filem Guardians of the Galaxy Vol. 3, kerana maklumat yang diperolehi menyatakan yang penggambaran filem berkenaan hanya akan dimulakan pada 2021! Selepas James Gunn dipecat dari mengarahkan filem tersebut, projek filem Guardians of the Galaxy 3 menjadi haru-biru kerana tidak mendapat pengarah gati yang bersesuaian untuk mengarahkan filem tersebut. Walaupun ada gesaan untuk mengembalikannya ke kerusi pengarah, Disney telah mengesahkan yang perkara tersebut tidak mungkin akan berlaku. Apatah lagi telah ada khabar angin yang mengatakan Gunn akan mengarahkan filem Suicide Squad 2.


Senarai terbaru yang dikeluarkan oleh Production Weekly telah menyenaraikan Februari 2021 sebagai tarikh mulanya penggambaran Guardians of the Galaxy Vol. 3. Tajuk kerja "Hot Christmas" digunakan untuk merujuk filem tersebut, dan memandangkan tarikh rasmi tayangan masih belum didedahkan, berita ini bolehlah dikategorikan sebagai khabar angin, sehinggalah mendapat pengesahan rasmi dari Marvel.

Namun, sekiranya benar, maka dapat disimpulkan yang Marvel berdepan masalah untuk mencari pengganti sesuai Gunn. Apatah lagi, sentuhan Gunn untuk filem Guardians of the Galaxy dan Guardians of the Galaxy Vol. 2 telah terbukti merupakan formula yang amat sesuai untuk menarik minat penonton, walaupun Guardians of the Galaxy bukanlah nama besar jika dibandingkan dengan lain-lain watak Marvel seperti X-Men dan Fantastic Four.

Nantikan perkembangan selanjutnya di Sembangfilem,com, saluran utama berita filem anda!

KOMEN ANDA

Previous Post Next Post