James Gunn Dikatakan Akan Mengarahkan Filem Suicide Squad 2?

James Gunn Dikatakan Akan Mengarahkan Filem Suicide Squad 2?

io9 melaporkan yang James Gunn, yang sebelum ini mengarahkan filem Guardians of the Galaxy 1 dan 2 untuk Marvel Studios, kini dikhabarkan dalam perbincangan untuk menyiapkan skrip, dan berkemungkinan mengarahkan filem Suicide Squad 2 untuk DC. Filem terbaru Suicide Squad (yang masih belum diberi tajuk) dilaporkan akan menerima sentuhan baru, dan bukannya sambungan terus dari filem Suicide Squad, yang kami sendiripun merasakan ianya gagal dan tidak menepati intipati sebenar watak b erkenaan dari komik.



Walaupun filem Suicide Squad (2016) mencatatkan kutipan lebih USD745 juta keseluruhannya, pengarahnya, David Ayer memutuskan tidak mahu lagi terlibat dengan projek sambungan filem berkenaan. Dan filem team-up DC selepas itu, iaitu Justice League juga berdepan dengan pelbagai masalah, keputusan kontroversi (seperti isu misai CGI Henry Cavill), dan campurtangan pihak atasan, boleh dikatakan beberapa projek filem DC seperti Justice League 2 dan Man of Steel 2 juga telah tergendala. Ini ditambah pula dengan khabar angin yang mengatakan Henry Cavill dan Ben Affleck `dipecat` dari watak Batman dan Superman. Status projek filem yang telah diumumkan secara rasmi sebelum ini seperti Flashpoint, Green Lantern Corps, filem Harley Quinn/Joker dan filem solo Cyborg juga nampaknya menjadi tanda tanya.



Pada Julai, Walt Disney Studios melepaskan Gunn dari kerusi pengarah Guardians of the Galaxy Vol. 3 disebabkan isu kontroversi berkait tweet Gunn lama dahulu, Walaupun begitu, barisan pelakon Guardians of the Galaxy seprti Chris Pratt, Zoe Saldana, Bradley Cooper, Vin Diesel, Karen Gillan, Pom Klementieff, Michael Rooker, Sean Gunn dan Bautista masih meyokong kuat Gunn dan melobi supaya Gunn diambil semula sebagai pengarah filem tersebut.

Suicide Squad (2016) dibintangi oleh Will Smith (Ali, The Pursuit of Happyness), Margot Robbie (The Wolf of Wall Street, Focus), Joel Kinnaman (House of Cards), Viola Davis (The Help, Doubt), Jai Courtney (Insurgent), Jay Hernandez (Takers), Adewale Akinnuoye-Agbaje (Thor: The Dark World), Ike Barinholtz (Neighbors), Scott Eastwood (Fury), Cara Delevingne (Paper Towns), Adam Beach (Cowboys & Aliens), dan Karen Fukuhara.

Jika Gunn dipilih sebagai pengarah filem Suicide Squad 2, adakah ini merupakan langkah pertama dalam `kebangkitan` DC Comics untuk menghasilkan filem-filem yang boleh menandingi Marvel Cinematic Universe?

No comments:

Powered by Blogger.