Trailer Kedua Captain Marvel Diperlihatkan - Ternyata Lebih Aksi!

Trailer Kedua Captain Marvel Diperlihatkan - Ternyata Lebih Aksi!


Semalam kami baru sahaja berkongsi poster terbaru filem Captain Marvel, dan seperti dijanjikan semalam, kini para peminat sudah boleh menonton trailer terbaru filem Captain Marvel, satu lagi filem superhero (atau superheroin?) dalam senarai filem Marvel Cinematic Universe (MCU). Saksikan trailer tersebut di bawah :



Dalam trailer berkenaan, dapat dilihat sisi baru bagi karakter Carol Danvers/ Captain Marvel, dan kuasa yang dimilikinya. Dapat dilihat juga adalah Nick Fury dan Ejen Coulson versi muda, dan benarlah seperti jangkaan ramai semasa trailer pertama filem Captain Marvel dahulu, di mana wanita berumur yang ditumbuk oleh Carol Danvers di dalam bas itu adalah sebenarnya Skrull yang menyamar. Selain itu, adakah kelibat pesawat yang dipandu oleh Danvers adalah sebenarnya sebuah Quinjet usang ataupun mungkin prototaip pertama sebuah Quinjet?

Filem Captain Marvel mengisahkan Carol Danvers (Brie Larson) yang menjadi superhero terhebat apabila Bumi terperangkap dalam peperangan galaksi antara dua kaum makhluk asing. Berlatarkan tahun 1990-an, filem Captain Marvel membuka ruang sisi baru Marvel Cinematic Universe untuk pertempuran di angkasa lepas.

Selain Brie Larson, filem Captain Marvel turut dibintangi Samuel L. Jackson, Ben Mendelsohn, Lashana Lynch, Gemma Chan, Algenis Perez Soto, Rune Temte, McKenna Grace, Annette Bening, dan Jude Law. Turut ditampilkan dari watak terdahulu adalah Djimon Hounsou dan Lee Pace, selain turut menampilkan Clark Gregg sebagai Ejen Phil Coulson.

Filem Captain Marvel diarahkan oleh Anna Boden dan Ryan Fleck, dan akan ditayangkan pada 8 Mac 2019.

No comments:

Powered by Blogger.