Poster Terbaru Filem Captain Marvel Diperlihatkan - Trailer Menyusul!

Poster terbaru filem Captain Marvel, filem terbaru dalam senarai Marvel Cinematic Universe, baru sahaja diperlihatkan untuk tontonan semua. Captain Marvel secara umumnya telah diperkenalkan semenjak kemunculannya dalam komik Marvel Super-Heroes #12 pada Disember 1967. Walau bagaimanapun, di saat superhero lain telah muncul dengan filem solo mereka sendiri selama ini, filem solo Captain Marvel hanya akan mula ditayangkan pada tahun 2019.


Filem Captain Marvel mengisahkan Carol Danvers (Brie Larson) yang menjadi superhero terhebat apabila Bumi terperangkap dalam peperangan galaksi antara dua kaum makhluk asing. Berlatarkan tahun 1990-an, filem Captain Marvel membuka ruang sisi baru Marvel Cinematic Universe untuk pertempuran di angkasa lepas. Saksikan poster terbaru filem Captain Marvel di bawah :


Selain Brie Larson, filem Captain Marvel turut dibintangi Samuel L. Jackson, Ben Mendelsohn, Lashana Lynch, Gemma Chan, Algenis Perez Soto, Rune Temte, McKenna Grace, Annette Bening, dan Jude Law. Turut ditampilkan dari watak terdahulu adalah Djimon Hounsou dan Lee Pace, selain turut menampilkan Clark Gregg sebagai Ejen Phil Coulson.

Mula diperlihatkan di laman Twitter rasmi Captain Marvel, poster terbaru ini memperlihatkan kehidupan Carol Danvers sebelum dan selepas menjadi Captain Marvel. Manakala trailer terbaru Captain Marvel pula akan ditayangkan beberapa hari sahaja lagi.

Filem Captain Marvel diarahkan oleh Anna Boden dan Ryan Fleck, dan akan ditayangkan pada 8 Mac 2019.

KOMEN ANDA

Previous Post Next Post