Trailer Pertama Captain Marvel Diperlihatkan!



Setelah sekian lama menanti, Marvel Studios secara rasminya memperlihatkan trailer pertama filem terbaru mereka, Captain Marvel. Saksikan trailer berkenaan di bawah :



Filem Captain Marvel mengisahkan Carol Danvers (Brie Larson) yang menjadi superhero terhebat apabila Bumi terperangkap dalam peperangan galaksi antara dua kaum makhluk asing. Berlatarkan tahun 1990-an, Captain Marvel membuka ruang sisi baru Marvel Cinematic Universe untuk pertempuran di angkasa lepas.

Selain Brie Larson, filem ini turut dibintangi Samuel L. Jackson, Ben Mendelsohn, Lashana Lynch, Gemma Chan, Algenis Perez Soto, Rune Temte, McKenna Grace, Annette Bening, dan Jude Law. Turut ditampilkan dari watak terdahulu adalah Djimon Hounsou dan Lee Pace, selain turut menampilkan Clark Gregg sebagai Ejen Phil Coulson.

Filem Captain Marvel diarahkan oleh Anna Boden dan Ryan Fleck, dan akan ditayangkan pada 8 Mac 2019.

No comments:

Powered by Blogger.