Poster Terbaru Filem Venom



Tak berapa lama pun lagi sebelum filem Venom menjengah ke pawagam. Di sini ditampilkan poster terbaru filem Venom. Saksikan di bawah :



Tom Hardy memainkan watak Eddie Brock/Venom, di samping pelakon lain seperti Michelle Williams, Riz Ahmed, Scott Haze, Reid Scott, dan Woody Harrelson. Jika filem Venom berjaya, Sony telahpun merancang untuk menghasilkan filem solo lain watak-watak komik seperti Jackpot, Black Cat, Kraven the Hunter dan Silver Sable. Sebelum ini, filem Morbius the Living Vampire telahpun membariskan Jared Leto sebagai pelakon utama.

Venom adalah berdasarkan watak Marvel dari perspektif Sony dan bukanlah spinoff daripada Marvel Cinematic Universe oleh Marvel Studios, walaupun Sony telah membenarkan watak Spider-Man dimainkan oleh Tom Holland.

Diarahkan oleh Ruben Fleischer (Zombieland, Gangster Squad) filem Venom dijadualkan untuk tayangan pada 5 Oktober 2018.

No comments:

Powered by Blogger.