Filem Spider-Man: Into The Spider-Verse Ditayangkan Lebih Awal?

Twitter rasmi Golden Screen Cinemas (GSC) telah berkongsikan pemaklumkan tayangan awal filem animasi Spider-Man: Into The Spider-Verse yang merupakan antara filem-filem dinanti-nantikan tahun ini! Untuk makluman, tayangan di pawagam GSC untuk  filem Spider-Man: Into The Spider-Verse akan mula ditayangkan pada 6 Disember 2018, berbanding tarikh asal tayangan iaitu pada 14 Disember 2018.  


Phil Lord dan Christopher Miller, minda kreatif di sebalik filem The LEGO Movie dan 21 Jump Street, menggunakan kepakaran mereka untuk membawakan visi baru dalam Spider-Man Universe, dengan stail visual yang pertama seumpamanya. Filem Spider-Man: Into the Spider-Verse memperkenalkan watak remaja Brooklyn, Miles Morales ke layar perak, dan kemungkinanya keseluruhan Spider-Verse, di mana bukan hanya terdapat seorang sahaja Spider-Man, tetapi ramai lagi dengan kuasa arachnid yang sama.

Filem Spider-Man: Into the Spider-Verse diarahkan oleh Bob Persichetti, Peter Ramsey, dan Rodney Rothman. Skripnya pula diolah oleh Phil Lord.

KOMEN ANDA

Previous Post Next Post