RASMI: Ryan Coogler Akan Menulis Dan Mengarahkan Filem Black Panther 2!

Black Panther merupakan salah satu filem Marvel Studio yang mendapat ulasan kritis dari segi penerimaan umum, kejayaan kutipan dan rujukan budaya. Filem seperti ini sudah tentunya akan ada sambungannya, dan pengesahan pun sudah diperolehi dari Marvel.


Menurut sumber dari The Hollywood Reporter, pengarah filem pertama Black Panther, Ryan Coogler dengan rasminya telah dipilih untuk kembali ke kerusi pengarah untuk filem Black Panther 2. Coogler akan mula menulis skrip untuk filem tersebut tahun depan, dengan penggambaran dijangka akan bermula samada di penghujung 2019 ataupun awal 2020.

Setakat ini, Marvel masih belum membuat apa-apa pengumuman filem selepas filem Captain Marvel, Avengers 4, dan Spider-Man: Far From Home.

KOMEN ANDA

Previous Post Next Post