Kenapa Netflix Menamatkan Siri TV Marvel, Iron Fist Selepas Dua Musim?

Dalam satu pengumuman yang mengejutkan, Netflix telah menamatkan siri TV Marvel, Iron Fist, hanya selepas 2 musim ditayangkan. Perkara berkenaan diumumkan selepas sebulan musim kedua siri Netflix berkenaan ditayangkan.



Daripada 4 siri TV Marvel yang ditayangkan di Netflix, Iron Fist merupakan siri yang mencatatkan tahap penerimaan yang rendah, walaupun masih mempunyai pengikutnya sendiri. Penerimaan rendah terhadap watak Danny Rand (dilakonkan oleh Finn Jones) turut terbawa ke satu lagi siri TV Marvel, iaitu The Defenders, yang turut mempunyai penarafan rendah di kalangan penonton. Musim kedua Iron Fist baru sahaja ditayangkan, mempunyai beberapa penambahbaikan dan menerima pujian dari pengkritik dan penonton.

Walaupun tidak menyatakan sebab khusus tentang penamatan mengejutkan Iron Fist, Netflix dan Marvel TV telah mengeluarkan kenyataan bersama seperti berikut :

"Marvel’s Iron Fist will not return for a third season on Netflix. Everyone at Marvel Television and Netflix is proud of the series and grateful for all of the hard work from our incredible cast, crew and showrunners. We’re thankful to the fans who have watched these two seasons, and for the partnership we’ve shared on this series. While the series on Netflix has ended, the immortal Iron Fist will live on."

Walau apa pun alasannya, berita penamatan itu sudah tentunya agak mengecewakan bagi mereka yang mengikuti siri Netflix Iron Fist musim kedua, yang ingin melihat progres watak berkenaan selepas ini.

KOMEN ANDA

Previous Post Next Post