Saksikan Trailer Pertama Filem Aladdin



Selepas pendedahan poster pertama filem aksi hidup Aladdin (yang boleh dilihat di bawah), kini boleh juga ditonton teaser trailer untuk filem terbaru Aladdin berkenaan.



Selain Will Smith yang telah disahkan akan membawakan watak Genie (Jin), filem arahan Guy Ritchie itu masih mengekalkan jalan penceritaan asal di mana Aladdin (Mena Massoud) yang bertemu dan berkenalan dengan Puteri Jasmine (Naomi Scott) dengan dibantu oleh Genie dalam pengembaraan mereka. Mereka akhirnya akan bertembung dengan ahli sihir licik, iaitu Jafar (Marwan Kenzari) yang mahukan kuasa untuk dirinya sendiri.

Aladdin dijadualkan untuk tayangan pada 24 Mei 2019. Ikuti pengumuman selanjutnya tentang filem Aladdin di blog ini.

KOMEN ANDA

Previous Post Next Post