Filem Rambo 5 Diberi Tajuk Last Blood

Baru sahaja minggu lepas dimaklumkan yang filem terbaru Rambo telah selesai menjalani penggambaran, dengan Sylvester Stallone kembali membawakan watak John Rambo buat kali terakhir. Dalam gambar terbaru filem berkenaan, Rambo telah mengenakan topi koboi - berbeza dari gaya biasa Rambo iaitu beret hijau.



Nampaknya mungkin inilah filem terakhir Rambo, apatah lagi The Hollywood Reporter turut melaporkan yang filem ini telah diberi tajuk Rambo 5: Last Blood. Untuk rekod, filem pertama Rambo diberi tajuk First Blood.

Rambo 5: Last Blood diarahkan oleh Adrian Grunberg, manakala skripnya ditulis oleh Stallone dan Matt Cirulnick. Masih belum ada tarikh rasmi untuk tayangan, namun dijangka untuk ditayangkan pada 2019. Nantikan pengumuman selanjutnya di Sembangfilem.

KOMEN ANDA

Previous Post Next Post