Filem The Flash Ditangguhkan Sekali Lagi?

Penggambaran filem The Flash sekali lagi ditangguhkan, dengan kali ini berkemungkinan ditayangkan seawalnya pada 2021. Filem The Flash pada awalnya dijadualkan untuk dihasilkan pada 2014 sebagai salah satu filem terawal dalam senarai filem DC Extended Universe (DCEU) dan dijangkakan untuk tayangan pada awal 2018, sebelum ditangguhkan.



Pengarah Game Night, Jonathan Goldstein dan John Francis Daley mengambil alih projek filem The Flash pada awal tahun ini, ketika filem tersebut dikatakan merupakan adaptasi terhadap komik Flashpoint karya Geoff Johns - dan akan memulakan penggambaran pada awal 2019 untuk memenuhi tarikh jangkaan tayangan oleh Warner Bros. iaitu pada tahun 2020.

Malangnya, tarikh tayangan sudah tentunya akan berubah sekali lagi selepas perkembangan terbaru ini. Ditambah pula dengan masalah yang telahpun dihadapi oleh beberapa filem dalam senarai DCEU, nampaknya tambahan masalah terbaru ini sudah tentunya akan mendatangkan kerugian kepada Warner Bros., jika dilihat kepada pencapaian Marvel Studios dan MCU yang semakin berkembang.

KOMEN ANDA

Previous Post Next Post