Spider-Man Mengenakan Sut Baru Di Set Penggambaran Spider-Man: Far From Home


Fasa 4 Marvel Cinematic Universe akan bermula pada Julai 2019 apabila filem Spider-Man: Far From Home ditayangkan. Sambungan filem Spider-Man: Homecoming itu kini sedang giat menjalani penggambaran di New York, dan dengan itu turut diperlihatkan sut baru yang dipakai oleh Tom Holland/ Spider-Man untuk filem tersebut. Saksikan beberapa gambar-gambar sut tersebut di bawah :





Dari beberapa sudut, dapat dilihat sut itu agak sama dengan Spider-Man dalam filem Homecoming, melainkan perubahan daripada warna biru kepada hitam dan logo labah-labah di belakang. Beberapa peminat menyatakan yang sut berkenaan adaah hampir kepada sut asal yang dipakai Spider-Man dalam rekaan asal komik seperti digambarkan oleh Steve Ditko—yang melukis Spider-Man dengan sut berwarna lebih gelap berbanding sut biru merah ikonik yang kita semua kenal sekarang.



Far From Home telah menjalani penggambaran selama beberapa bulan di sekitar Eropah, di mana laporan awal mengatakan yang filem itu akan mengambil tempat di Eropah. Selain sut ini, Spider-Man juga dilihat mengenakan beberapa sut lain daripada gambar yang dirakamkan oleh kamera amatur sebelum ini.

Nantikan perkembangan lanjut Spider-Man: Far From Home dari blog ini.

KOMEN ANDA

Previous Post Next Post