SembangFilem

Berita filem dari seorang kaki wayang

Terkini

Thursday, October 18, 2018

Bila Penggambaran Filem Doctor Strange 2 Akan Dimulakan?

Bila Penggambaran Filem Doctor Strange 2 Akan Dimulakan?

Menurut Benedict Wong (yang melakonkan watak Wong dalam filem Doctor Strange dan Avengers: Infinity War), penggambaran filem Doctor Strange 2 mungkin akan dimulakan pada tahun ini! Walau bagaimanapun, Marvel Studios masih berahsia tentang pelan filem mereka selepas filem Avengers 4, selain dari filem Spider-Man: Far From Home. Terdapat kekosongan untuk slot filem Guardians of the Galaxy Vol. 3 selepas penggambaran filem itu ditangguhkan dan pengarahnya, James Gunn dipecat oleh Disney, yang telah ditetapkan untuk tayangan pada bulan Mei 2020. Para peminat telah berspekulasi tentang filem yang akan menggantikan slot tersebut, dan andaian paling munasabah sudah tentunya adalah filem Doctor Strange 2.


Ketua Marvel Studios, Kevin Feige sebelum ini menyatakan yang sambungan filem Doctor Strange semenangnya dalam perancangan, namun tidak memberikan butiran lanjut tetang tarikh tayangannya. Jika Doctor Strange 2 memulakan penggambaran pada penghujung tahun ini, adakah Doctor Strange 2 akan menjadi filem utama untuk MCU fasa seterusnya? Dan ini sudah tentu akan meletakkan status Doctor Strange sebagai watak utama untuk MCU pada masa akan datang, kerana slot tayangan pada bulan Mei kebiasaannya dikhaskan untuk watak utama seperti Iron Man atau Avengers.

Setakat ini, Marvel masih belum memuat apa-apa pengumuman ataupun pengesahan tentang filem Doctor Strange 2, walaupun pengarah Scott Derrickson telah memberikan bayangan yang dia akan kembali ke kerusi pengarah Doctor Strange. Nantikan berita kami di blog ini untuk mendapatkan informasi selanjutnya.

No comments:

Post a Comment