Filem Spider-Man: Far From Home Selesai Penggambaran!



Baru sahaja kami kongsikan gambar-gambar Spider-Man dalam sut terbaru untuk filem Spider-Man: Far From Home, kini khabar terbaru diterima mengatakan yang filem penggambaran filem tersebut telahpun selesai! Tom Holland, yang memainkan watak Peter Parker/ Spider-Man telah berkongsikan satu gambar terbaru, menunjukkan Spider-Man berdiri di sebelah Zendaya (yang memainkan watak MJ) dengan ungkapan "THAT’S A WRAP”, mengesahkan yang filem Spider-Man: Far From Home itu telahpun selesai penggambaran.



Apa yang menimbulkan tanda tanya ialah adakah ini sekadar gambar biasa dari set filem tersebut, ataupun petanda yang menunjukkan MJ merupakan sahabat rapat kepada Spider-Man, selepas identitinya diketahui oleh Ned dan Aunt May (merujuk kepada filem Spider-Man: Homecoming)? 

Tanda tanya seterusnya ialah bagaimana Spider-Man kembali dalam filem ini? Ini kerana di pengakhiran filem Avengers: Infinity War, Spider-Man 'hilang' gara-gara Thanos?

Filem Spider-Man: Far From Home telah dijadualkan untuk tayangan pada 5 Julai 2019, hanya dua bulan selepas jadual tayangan filem Avengers 4.

KOMEN ANDA

Previous Post Next Post