Warner Bros. (WB) dikhabarkan sedang berunding dengan pengarah gantian untuk filem akan datang mereka, yang merupakan filem solo The Flash, bertajuk Flashpoint, dengan dikatakan yang Kohn Francis Daley dan Jonathan Goldstein dalam perbincangan untuk mengarahkan filem tersebut.



WB telah menangguhkan perkembangan projek filem berkenaan untuk memberi laluan kepada pelakon utamanya Ezra Miller, yang baru sahaja menamatkan penggambaran filem Fantastic Beasts 2. Goldstein dan Daley tidaklah asing dalam filem bergenre superhero kerana telahpun terlibat dalam pembikinan filem Spider-Man: Homecoming.

Di San Diego Comic-Con pada tahun lepas, DC mendedahkan yang filem solo The Flash akan mengambil latar dari siri komik Flashpoint, iaitu siri komik dari tahun 2011 dihasilkan oleh Geoff Johns dan Andy Kubert. Dalam siri tersebut, The Flash telah mengubah garis masa DC Universe dengan merentas masa untuk memperbaiki hanya satu perkara, yang akhirnya mengubah keseluruhan masa hadapan.

Telah dilaporkan sebelum ini yang beberapa pelakon dari filem Justice League akan muncul dalam filem Flashpoint, termasuk Jason Momoa sebagai Aquaman, Gal Gadot sebagai Wonder Woman, dan Ray Fisher sebagai Cyborg. Masih belum dapat dipastilan samada mereka akan benar-benar muncul ataupun tidak dalam filem berkenaan, ataupun samada Ben Affleck akan kembali memainkan watak sebagai Dark Knight ataupun tidak.

Tarikh tayangan untuk filem Flashpoint ini juga masih belum ditetapkan.

KOMEN ANDA

Previous Post Next Post