Umu mengetahui yang filem Avengers: Infinity War telahpun selesai menjalani penggambaran. Dan bagaikan satu kelaziman dalam produksi filem Hollywood, pelakon-pelakonnya akan bersama-sama membuat sesuatu yang boleh menjadi memori bersama. Sebagai contoh, barisan pelakon filem Lord of the Rings dan filem Suicide Squad membuat tattoo peringatan untuk filem masing-masing.



Lain pula kisahnya dengannya pendukung watak Tony Stark/ Iron Man, iaitu Robert Downey Jr. Selesai sahaja penggambaran filem Avengers: Infinity War, beliau telah menghadiahkan kesemua kru penggambaran filem berkenaan dengan sebuah kerusi yang biasa digunakan untuk pelakon, dengan setiap satunya mempunyai plet khas tertulis: "Heart Felt Thanx From The Center of My Arc Reactor" dan disusuli dengan tandatangan Robert Downey Jr.



Memandangkan Robert Downey Jr. adalah pelakon MCU dengan bayaran tertinggi (filem Iron Man lakonannya yang menjadikan Marvel Cinematic Universe berjaya seperti sekarang), maka tidaklah mustahil jika dia mampu berbuat demikian.

Filem Avengers: Infinity War dijadualkan untuk tayangan pada 4 Mei 2018.

KOMEN ANDA

Previous Post Next Post