Ken Watanabe Akan Muncul Bersama Ryan Reynolds Dalam Filem Detective Pikachu

Pelakon, Ken Watanabe (Inception) dikhabarkan akan muncul bersama Ryan Reynolds (Deadpool) dalam filem terbaru Universal Pictures berdasarkan siri anime Pokémon, yang diberi tajuk Detective Pikachu. Filem tersebut akan ditayangkan di Amerika pada 10 Mei 2019. 



Peminat yang mengikuti francais siri Pokémon, ataupun yang pernah bermain permainan hit Pokémon Go, umum mengetahui yang Pikachu merupakan watak popular dalam siri Pokémon. Detective Pikachu merupakan penyiasat yang hebat mengesan barang-barang yang telah hilang. Watak Detective Pikachu akan dimainkan oleh Ryan Reynolds, manakala Ken Watanabe akam memainkan watak Detective Yoshida khusus untuk filem ini.

Filem Detective Pikachu merupakan filem adaptasi aksi sebenar berdasatkan francais anime/ permainan video Pokémon \dan akan dibintangi oleh Ryan Reynolds (Deadpool), Justice Smith (Jurassic World: Fallen Kingdom) dan Kathryn Newton (Big Little Lies). Filem ini akan diarahkan oleh Rob Letterman, berdasarkan skrip oleh Nicole Perlman dan Alex Hirsch.

Mula diperkenalkan di Jepun pada tahun 1996, Pokémon telah menghiburkan para peminatnya dari semua peringkat umur selama hampir 2 dekad. Dengan lebih dari 279 juta jualan permainan videonya di seluruh dunia, 21.5 billion kad permainan dipasarkan di 74 negara, dan siri animasi yang menjangkau sehingga 19 musim, Pokémon merupakan antara francais paling berjaya di dunia.

No comments:

Powered by Blogger.