Trailer Terbaru Filem Pacific Rim Uprising Diperlihatkan: Jaeger Kembali!


Legendary baru-baru ini telah memperlihatkan trailer terbaru filem Pacific Rim Uprising. Pada tahun 2013, pengarah, Guillermo del Toro telah menghasilkan filem Pacific Rim, sebuah filem sains fiksyen yang menampilkan robot gergasi – digelar Jaegers – yang dipandu dan dikawal oleh manusia yang mempunyai keupayaan drift compatible untuk menentang raksasa digelar Kaiju daripada dimensi lain. Walaupun berjaya menutup laluan Kaiju datang ke Bumi, filem berkenaan berakhir dengan kemusnahan beberapa buah Jaeger dan kematian pemandu-pemandu Jaeger berkenaan, namun ia tidak menghalang untuk penghasilan sambungan filem berkenaan.



Filem Pacific Rim Uprising menampilkan semula pelakon-pelakon asal, seperti Mako Mori sebagai Rinko Kikuchi, Charlie Day sebagai Dr. Newt Geiszler, dan Burn Gorman sebagai Dr. Hermann Gottlieb – dan pelakon-pelakon baru untuk filem ini, antaranya John Boyega sebagai Jake Pentecost, iaitu anak kepada hero dalam filem Pacific Rim, Stacker Pentecost (Idris Elba), yang mengorbankan dirinya dalam pertarungan akhir filem berkenaan. Scott Eastwood pula membawakan watak Nate Lambert yang akan menjadi pemandu bersama Jake untuk Jaeger terbaru bagi menghadapi ancaman Kaiju yang lain pula, dan seterusnya menyelamatkan dunia.


Selain Boyega, Eastwood, dan pelakon-pelakon asal filem Pacific Rim, Pacific Rim Uprising dibintangi Cailee Spaeny sebagai Amara Namani, Jing Tian sebagai Liwan Shao, Adria Arjona sebagai Jules Reyes, Zhang Jin sebagai Marshal Quan, Karan Brar sebagai Suresh, dan Ivanna Sakhno sebagai Vik. Pelakon asal Pacific Rim, iaitu Charlie Hunnam tidak dapat kembali untuk sambungan filem berkenaan disebabkan mempunyai komitmen terhadap projek lain. 

Dengan tarikh tayangan pada Mac 2018, Pacific Rim Uprising muncul hampir 5 tahun selepas filem asal. 

KOMEN ANDA

Previous Post Next Post