Melalui Instagram rasminya, Tom Cruise telah mengumumkan tajuk rasmi filem Mission: Impossible 6 termasuk gambar rasmi pertama dari filem berkenaan, yang boleh dilihat di bawah :



Filem keenam siri aksi menampilkan watak Ethan Hunt itu akan diarahkan oleh pengarah Rogue Nation sebelum ini, iaitu Christopher McQuarrie, dan filem ini diberi tajuk Mission: Impossible – Fallout. Tom Cruise mengumumkannya melalui post Instagram di bawah :



Mission: Impossible – Fallout akan menampilkan kembali watak filem terdahulu seperti Alec Baldwin, Simon Pegg, Ving Rhames, Michelle Monaghan dan Rebecca Ferguson. Angela Bassett, Vanessa Kirby, dan Henry Cavill juga dilaporkan akan turut membintangi filem ini.

Filem ini telah dijadualkan untuk tayangan pada 27 Julai tahun ini.

KOMEN ANDA

Previous Post Next Post