Gambar pandang pertama Brie Larson dalam kostum Captain Marvel telah diperlihatkan dalam satu artikel oleh PageSix, yang boleh dilihat di bawah :



Pemenang Anugerah Oscar itu, dirakamkan dalam kostum Captain Marvel untuk pertama kalinya pada Rabu lalu semasa penggambaran filem berkenaan di Atlanta.



Larson menandatangani kontrak untuk membawakan watak Carol Danvers, juruterbang tentera udara yang mendapat kuasa luarbiasa selepas DNAnya bergabung dengan DNA makhluk asing selepas satu kemalangan, dalam filem berlatarkan era 90-an yang diberi tajuk Captain Marvel. Ianya merupakan filem solo Marvel pertama yang akan memfokuskan kepada watak wanita.



Filem ini diarahkan oleh Anna Boden dan Ryan Fleck, dan dijadualkan untuk tayangan pada 8 Mac 2019. Selepas itu, Larson akan kembali membawakan watak berkenaan dalam filem Avengers 4 pada bulan Mei 2019.

KOMEN ANDA

Previous Post Next Post