Senarai Pelakon Star Wars: Episode IX Diumumkan Secara Rasmi

Filem Star Wars: Episode IX telahpun mempunyai senarai rasmi pelakon utamanya! Pelakon-pelakon asal  yang tersenarai adalah seperti Daisy Ridley, Adam Driver, John Boyega, Oscar Isaac, Lupita Nyong’o, Domhnall Gleeson, Kelly Marie Tran, Joonas Suotamo, dan Billie Lourd. Trut tersenarai adalah barisan pelakon adalah Naomi Ackie (Doctor Who), Richard E. Grant (Gosford Park, Hudson Hawk), dan Keri Russell (The Americans), selain pelakon veteran Star Wars Mark Hamill, Anthony Daniels, dan Billy Dee Williams yang akan kembali membawakan watak Lando Calrissian.


Manakala watak Leia Organa pula dikhabarkan akan dimainkan sekali lagi oleh mendiang Carrie Fisher, menggunakan rakaman yang belum digunakan lagi untuk filem Star Wars: The Force Awakens sebelum ini. 

Menurut J.J. Abrams, “We desperately loved Carrie Fisher. Finding a truly satisfying conclusion to the Skywalker saga without her eluded us. We were never going to recast, or use a CG character. With the support and blessing from her daughter, Billie, we have found a way to honor Carrie’s legacy and role as Leia in Episode IX by using unseen footage we shot together in Episode VII.”

Star Wars: Episode IX akan memulakan penggambaran di Pinewood Studios, London pada 1 Ogos ini, dengan J.J Abrams akan kembali ke kerusi pengarah. Komposer John Williams yang telah menggubah muzik untuk setiap filem Star Wars sebelum ini juga  akan turut kembali untuk filem Star Wars: Episode IX.

Star Wars: Episode IX diterbitkan oleh Kathleen Kennedy, J.J. Abrams dan Michelle Rejwan, dengan Callum Greene dan Jason McGatlin bertindak sebagai penerbit eksekutif. 

Filem Star Wars: Episode IX dijadualkan untuk tayangan pada bulan Disember 2019, namun tarikhnya masih belum ditentukan.


Sumber dari Comingsoon

KOMEN ANDA

Previous Post Next Post