Review Filem Thor: The Dark World (2013)


Filem Thor: The Dark World adalah filem sambungan filem Thor (2011) yang sedang ditayangkan di pawagam sekarang ini. Filem kelapan dalam pelan Marvel Cinematic Universe ini kembali menampilkan Chris Hemsworth (Thor) dan Tom Hiddleston (Loki) yang berganding bahu menentang ancaman daripada The Dark Elves yang diketuai oleh Malekith the Accursed. Jadi apakah istimewanya filem ini berbanding filem sebelumnya?


Jalan Cerita : Dalam filem ini, ancaman datangnya daripada Malekith dan The Dark Elves, yang berjuta tahun dahulu, cuba memusnahkan dunia menggunakan senjata yang dinamakan Aether sebelum dikalahkan oleh Bor, ayah kepada Odin. Selepas mengalahkan Malekith, senjata Aether tersebut disembunyikan oleh Bor di dalam binaan batu yang tidak diganggu sesiapapun.

Loki : Loki telahpun dipenjarakan di Asgard atas peranannya dalam kejadian di New York (dalam filem The Avengers). Seperti dijangka, Loki sekali lagi berjaya mencuri perhatian dalam filem ini. Dialog yang dituturkan, gaya percakapan dan mimik muka membuatkan tiada orang lain yang lebih sesuai dengan watak Loki melainkan untuk Tom Hiddleston.

Jane Foster : Pertemuan semulanya dengan Thor membongkar banyak jawapan kepada persoalan "bagaimana Thor boleh kembali ke Bumi dalam The Avengers, sedangkan jambatan Bifrost telahpun musnah?". Jane telah diresap oleh senjata Aether, menyebabkan Malekith dan The Dark Elves tersedar kembali dan mula mencari semula senjata mereka.

Asgard : Dalam filem ini, binaan untuk dunia Asgard adalah lebih grand. Kita boleh lihat kehidupan di Asgard dan bagaimana dunia mistik ini boleh dikaitkan dengan komik. Dipaparkan bahawa Asgard dan dunia lainnya adalah sebenarnya lebih kepada advanced beings yang kekal hidup lama dan bukanlah Tuhan. Ini dapat dilihat bila Frigga, ibu kepada Thor, mati selepas serangan tentera Dak Elves terhadap Asgard.

Komedi : Banyak elemen komedi dipaparkan dalam filem ini. Jangan ketinggalan menyaksikan cameo Captain America dalam filem ini. Juga perbualan antara Thor dan Loki yang mempunyai unsur-unsur lucu.

Bagaimanakah kesudahan filem ini? Dapatkah Malekith merampas senjata Aether yang meresap ke dalam tubuh Jane Foster dan menggunakannya untuk mencapai matlamat jahatnya? Jangan lupa saksikan filem ini di pawagam sekarang.

Dan jangan lupa tunggu di akhir filem Thor: The Dark World ini sebab ada dua, ya, dua ending credit. Bukan satu seperti kebiasaan dibuat oleh Marvel Studios.

1 comment:

  1. Watak Loki dah overshadowed watak Thor...nDalam banyak2 movie, movie ni je kut yang watak jahat disayangi orang ramai.. APTB.. hahanApalagi dalam The Avengers, Loki lebih popular dari 6 hero2 tu walaupun Loki agak kejam jugak la dalam movie tu.. nTom cakap dalam interview The Avengers, "What Marvel good at is that they make their heroes flawed while the villains heroic". So, orang pandang Loki ni la sebenarnya yang hero dalam movie tu.. haha.. ish3.. 6 lawan 1nnApapun, movie ni memang Thorbaik!! :DnThe best Marvel Studios film ever..

    ReplyDelete

Powered by Blogger.