Trailer penuh pertama untuk filem adaptasi dari permainan video terkenal, Need For Speed telahpun boleh ditonton melalui link di bawah :



Filem yang bakal ditayangkan pada tahun 2014 ini nanti mengisahkan seorang pelumba kereta jalanan yang baru dibebaskan dari penjara, menyertai satu perlumbaan dalam usaha membalas dendam terhadap orang yang menyebabkannya dipenjara. Dan seperti dalam francais permainan video Need For Speed, sudah semestinya nanti akan ada pelbagai supercars dan aksi kejar mengejar bersama polis nanti.

Harap-harapnya filem Need For Speed ini nanti tak mengecewakan peminat permainan video Need For Speed seperti aku.

KOMEN ANDA

Previous Post Next Post