Mission: Impossible 5 Secara Tentatifnya Bakal Ditayangkan 25 Disember 2015

Paramount Pictures secara rasminya mengumumkan bahawa filem Mission: Impossible 5 secara tentatifnya akan ditayangkan pada 25 Disember 2015. Wow lambat lagi tu.


Ethan Hunt (watak yang dibawa oleh Tom Cruise) dan pasukan IMF (Impossible Mission Force) memang tak perlu diperkenalkan lagi. Dua tahun lalu, filem keempat siri filem ini yang diarahkan oleh pengarah Brad Bird, Mission: Impossible - Ghost Protocol berjaya memecahkan box office dan mengaut $700 juta secara global.

Walau bagaimanapun, masih belum ada maklumat berkaitan jalan cerita filem ini nanti. Tom Cruise akan kembali membawakan watak Ethan Hunt, tetapi masih belum dipastikan samada pasukannya dari filem Mission: Impossible - Ghost Protocol - seperti Simon Pegg, Jeremy Renner dan Paula Patton - akan kembali ataupun tidak.

No comments:

Powered by Blogger.