Filem Kolumpo lakonan Sharifah Amani, Soffi Jikan, Mano Maniam dan Ruminah Sidek ini berkisar kepada 3 cerita. Pertamanya mengisahkan Rahul, seorang pendatang asing dari India yang ditipu majikan. Di Setapak, Gienna ialah seorang gadis Cina berumur 30-an, sering mengelak panggilan telefon daripada ibunya dan terpaksa membantu seorang wanita nyanyuk yang tak ingat rumah tempat tinggalnya. Manakala di Ampang pula, seorang pemuda, Hafidd bertemu seorang gadis cantik di stesen LRT selepas kedua-duanya terlepas train yang terakhir.

Ketiga-tiga jalan cerita ini akhirnya disimpulkan dalam satu penceritaan yang membawa kepada tajuk filem ini, iaitu Kolumpo.



Filem ini bakal menemui penonton tempatan pada 5 Disember 2013.

KOMEN ANDA

Previous Post Next Post