Filem Star Wars: The Last Jedi Kini Mencatatkan Kutipan Box Office Sebanyak USD$450 Juta!




Filem Star Wars: The Last Jedi kini dikhabarkan mencatatkan kutipan sebanyak USD$450 juta di seluruh dunia! Filem tersebut mencatatkan rekod dengan catatan kutipan domestik sebanyak USD$220 juta, menjadikannya filem pembukaan nombor 1 untuk tahun 2017, dan nombor 2 untuk kutipan filem sepanjang zaman hanya di belakang filem Star Wars: The Force Awakens‘ yang mencatat kutipan USD$247.9 juta. Kutipan antarabangsa pula (tidak termasuk China yang akan ditayangkan di pawagam pada 5 Januari 2018) mencatatkan kutipan Star Wars: The Last Jedi mencecah USD$230 juta di 54 negara
Rekod kutipan USD$450 juta di pasaran antarabangsa ini dicatatkan sebagai kutipan pembukaan kelima tertinggi sepanjang zaman, di belakang The Fate of the Furious (termasuk China), Star Wars: The Force AwakensJurassic World (termasuk China), dan Harry Potter and the Deathly Hallows: Part 2
Seperti filem Star Wars: The Force Awakens dan Rogue OneStar Wars: The Last Jedi mendapat rating A CinemaScore daripada penonton-penonton, yang merupakan rekod yang baik untuk kutipan seterusnya bagi filem ini. 
Star Wars: The Last Jedi ditulis dan diarahkan oleh pengarah Rian Johnson (BrickLooper) dan menyambung jalan cerita filem Star Wars: The Force Awakens, membawakan kembali pelakon-pelakon seperti Mark Hamill, mendiang Carrie Fisher, Adam Driver, Daisy Ridley, John Boyega, Lupita Nyong’o, Oscar Isaac, Domhnall Gleeson, Anthony Daniels, Gwendoline Christie, dan Andy Serkis. Antara pelakon-pelakon lain yang ditampilkan dalam filem ini termasuklah pemenang Academy Award Benicio Del Toro, calon Academy Award Laura Dern, dan pendatang baru Kelly Marie Tran.

No comments:

Powered by Blogger.