Studio perfileman Warner Bros. telah memperlihatkan poster terbaharu filem Wonder Woman 1984, menampilkan Diana Prince/ Wonder Woman memegang Lasso of Truth. Saksikan poster tersebut di bawah : 



Filem Wonder Woman 1984 menyaksikannya berdepan dengan penjahat baharu, iaitu The Cheetah. Gal Gadot kembali melakonkan watak Diana Prince/ Wonder Woman, manakala Kristen Wiig pula tampil melakonkan watak penjahat bergelar The Cheetah. Selain itu, Chris Pine turut kembali sebagai Steve Trevor, namun tidak dapat dipastikan bagaimana watak ini akan dikembalikan semula ke layar perak, memandangkan watak berkenaan telah menemui ajal dalam filem terdahulu. 

Patty Jenkins kembali mengarahkan filem Wonder Woman 1984, manakala Jenkins, Charles Roven, Deborah Snyder, Zack Snyder, Stephen Jones, dan Gal Gadot bertindak sebagai penerbit.

BERKAITAN: Warner Bros. Akhirnya Menangguhkan Tayangan Filem Wonder Woman 1984

Filem Wonder Woman 1984 sepatutnya dijadualkan untuk tayangan pada 5 Jun ini, namun kini telah dijadualkan semula untuk tayangan pada 14 Ogos 2020 akibat penularan wabak COVID-19 di seluruh dunia. Wonder Woman merupakan watak berdasarkan komik DC hasil karya William Moulton Marston.

KOMEN ANDA

Previous Post Next Post