Saksikan Trailer Pertama Filem Wonder Woman 1984 - Bakal Ditayangkan Tahun Hadapan


Di acara CCXP di Brazil, pengarah Patty Jenkins bersama-sama Gal Gadot telah mendedahkan trailer pertama filem Wonder Woman 1984. Trailer berkenaan menjanjikan era baharu Wonder Woman, dan mengambil latar 35 tahun sebelum kejadian dalam filem pertama Wonder Woman. Ia juga turut memperkenalkan Kristen Wiig sebagai Barbara Minerva, yang merupakan sahabat kepada Wonder Woman/ Diana Prince yang akhirnya akan dikenali sebagai penjahat bernama Cheetah. Saksikan trailer Wonder Woman 1984 di bawah :



Watak lakonan Chris Pine, iaitu Steve Trevor turut muncul semula dalam filem ini. Dan melalui trailer juga, dapat dilihat sut armor terbaharu Wonder Woman yang berwarna keemasan, seperti mana gambar promo yang diperlihatkan sebelum ini. 

Selain Gal Gadot dan Chris Pine, bintang siri Disney+ The Mandalorian, Pedro Pascal akan melakonkan watak sebagai Maxwell Lord dalam filem ini. Connie Nielsen dan Robin Wright akan menyambung watak dari filem terdahulu sebagai Hippolyta dan Antiope.

Filem Wonder Woman 1984 akan ditayangkan di pawagam bermula 5 Jun 2020.

KOMEN ANDA

Previous Post Next Post