Saksikan Trailer Filem Mulan (2020 - FIlem Adaptasi Dari Disney


Disney telah memperlihatkan trailer penuh pertama filem adaptasi yang merupakan penghasilan semula (remake) filem Mulan yang penuh dengan aksi yang mendebarkan. Saksikan trailer filem Mulan tersebut di bawah :



Filem tersebut, seperti mana filem versi animasi yang ditayangkan pada 1998, mengisahkan tentang seorang wanita muda bangsa China yang menyamarkan diri menjadi seorang lelaki untuk berkhidmat dalam pasukan tentera, menggantikan tempat bapanya. Filem Mulan ini dibintangi oleh Yifei Liu sebagai Mulan, dan turut dibintangi oleh Donnie Yen sebagai Komander Tung, Jet Li sebagai Maharaja, dan Jason Scott Lee sebagai Bori Khan.

Pada Rabu lalu, Disney turut telah berkongsikan poster rasmi filem Mulan, yang boleh dilihat di bawah :


Filem Mulan telah dijadualkan untuk tayangan di pawagam pada 27 Mac 2020 nanti.

KOMEN

Previous Post Next Post