Saksikan Trailer Pertama Filem No Time To Die - Filem Terbaharu James Bond


Studio perfileman MGM baru sahaja memperlihatkan trailer penuh pertama filem James Bond ke-25, diberi tajuk No Time to Die, yang menampilkan kembali Daniel Craig sebagai watak perisik terkenal itu. Saksikan trailer filem No Time To Die tersebut di bawah :



BERKAITAN: Daniel Craig Tercedera Semasa Penggambaran - Produksi Bond 25 Dihentikan Sementara

Barisan pelakon yang akan muncul dalam filem No Time To Die adalah Daniel Craig sebagai James Bond, Ralph Fiennes sebagai M, Lea Seydoux (Spectre), Naomie Harris sebagai Moneypenny, Ben Whishaw sebagai A, di samping Rory Kinnear sebagai Tanner dan Jeffrey Wright sebagai Felix Manakala Rami Malek akan tampil sebagai watak penjahat bernama Safin dalam filem ini.

Filem No Time To Die diarahkan oleh Cary Joji Fukunaga , hasil skrip nukilan Neal Purvis & Robert Wade, Scott Z. Burns dengan dibantu oleh Cary Joji Fukunaga dan Phoebe Waller-Bridge.

BERKAITAN: Saksikan Poster Pertama Filem Terbaharu James Bond - Bertajuk No Time To Die

EON Productions dan Metro Goldwyn Mayer Studios telah bekerjasama dengan Universal Pictures untuk tayangan besar-besaran filem ke-25 James Bond ini. Filem perisik berkenaan sebelum ini, bertajuk Spectre telah ditayangkan pada 16 November 2015 dan mencatatkan kutipan keseluruhan sebanyak USD880.7 juta di seluruh dunia.

Filem No Time To Die akan ditayangkan di pawagam pada 3 April 2020.

KOMEN ANDA

Previous Post Next Post