Saksikan Poster Pertama Filem Terbaharu James Bond - Bertajuk No Time To Die


MGM dan Sony secara rasminya telah memperlihatkan poster terbaharu filem terbaharu James Bond, - filem ke-25 dalam senarai, yang diberi tajuk No Time to Die. Saksikan poster filem No Time To Die tersebut di bawah : 


Pelakon-pelakon yang telah disahkan untuk filem terbaharu tersebut adalah Daniel Craig sebagai James Bond, Ralph Fiennes sebagai M, Lea Seydoux (Spectre), Naomie Harris sebagai Moneypenny, Ben Whishaw sebagai A, Rory Kinnear sebagai Tanner, Jeffrey Wright sebagai Felix Leiter, selain Dali Benssalah, Billy Magnussen, Ana De Arma, David Dencik, Lashana Lynch, dan Rami Malek.


Filem No Time To Die akan diarahkan oleh Cary Joji Fukunaga,  dengan skrip ditulis oleh Neal Purvis & Robert Wade, Scott Z. Burns, Cary Joji Fukunaga dan Phoebe Waller-Bridge.


EON Productions dan Metro Goldwyn Mayer Studios telah bekerjasama dengan Universal Pictures untuk memasarkan filem ke-25 James Bond tersebut. Filem James Bond sebelum ini, iaitu Spectre, mencatatkan kutipan keseluruhan sebanyak USD880.7 juta di seluruh dunia.

Filem No Time To Die telah dijadualkan untuk tayangan pada 3 April 2020. 

KOMEN ANDA

Previous Post Next Post