Pelakon Filem Aquaman Akan Muncul Dalam Filem The Matrix 4?


Laporan dari Variety telah menyatakan yang pelakon filem Aquaman, Yahya Abdul-Mateen II bakal muncul dalam filem arahan Lana Wachowski, iaitu The Matrix 4! Dikhabarkan sebagai antara awatak utama, pelakon tersebut akan menyertai Keanu Reeves dan Carrie-Anne Moss yang telahpun disahkan akan tampil dalam filem berkenaan. Walau bagaimanapun, perincian tentang watak yang bakal dilakonkan oleh Yahya Abdul-Mateen II masih lagi belum didedahkan.

Dalam filem Aquaman, Yahya Abdul-Mateen II melakonkan watak Black Manta, dan projek terbaharunya kini adalah siri HBO seperti Watchmen, Candyman, All Day and a Night, dan The Trial of the Chicago 7.

Produksi filem The Matrix 4 dijangka bermula pada awal 2020, di mana jalan cerita filem berkenaan juga masih belum didedahkan. Walau bagaimanapun, mengambil kira pengakhiran filem The Matrix Revolutions yang ditayangkan pada tahun 2003, sukar menjangkakan hala tuju filem keempat The Matrix ini, dan apakah plot yang bakal ditampilkan. 

Tiga filem The Matrix terdahulu —The Matrix (1999), The Matrix Reloaded (2003) dan The Matrix Revolutions (2003)— mencatatkan kutipan keseluruhan sebanyak USD1.6 billion di seluruh dunia. Filem The Matrix Revolutions juga merupakan filem pertama yang ditayangkan serentak di negara-negara utama di seluruh dunia. 

KOMEN ANDA

Previous Post Next Post