Saksikan  Trailer Kedua Filem Ejen Ali The Movie - Bakal Ditayangkan November Ini


Siri animasi tempatan berlatarkan watak seorang kanak-kanak sekolah yang bertukar menjadi ejen rahsia secara tidak sengaja, iaitu Ejen Ali, bakal tampil dalam bentuk filem pula tidak lama lagi. Ejen Ali The Movie merupakan kesinambungan siri animasi Ejen Ali yang telahpun memasuki musim kedua, dan filem pertama yang diterbitkan oleh WAU Animation dan diarahkan oleh Usamah Zaid Yasin.

Saksikan trailer kedua filem Ejen Ali The Movie di bawah : 



Lagu tema rasmi filem Ejen Ali The Movie akan dinyanyikan dan diterbitkan oleh Altimet. Lagu bertajuk Bukalah Matamu itu dinyanyikan oleh Aisyah Aziz & Bunga, dan telah dimuat naik ke YouTube dan semua platform digital pada 20 September 2019.

Filem Ejen Ali The Movie akan ditayangkan pada 28 November 2019 di Malaysia.

KOMEN ANDA

Previous Post Next Post