Spider-Man Kembali Ke MCU, Tarikh Tayangan Filem Spider-Man 3 Diumumkan! 

Berita terkini dan menggemparkan baru sahaja diumumkan, bilamana secara rasminya diumumkan yang Marvel Studios dan Sony Pictures telah mengetepikan 'persengketaan' mereka dan bersetuju menerbitkan bersama filem Spider-Man 3, seterusnya menyaksikan Spider-Man kekal dalam Marvel Cinematic Universe


Selepas berbalah mengenai hala tuju akan datang untuk filem Spider-Man seterusnya hingga menyebabkan Sony Pictures menarik diri (dan membawa bersama watak Spider-Man keluar dari MCU), kini akhirnya Disney/Marvel Studios dan Sony Pictures telah mencapai persetujuan bersama, yang bakal menyaksikan Kevin Feige dan Marvel Studios menerbitkan filem Spider-Man 3


Pengumuman terbaharu tersebut turut menyatakan tarikh tayangan Spider-Man 3 telah ditetapkan pada 16 Julai 202, sekaligus menjadikannya sebahagian dari MCU Phase 4 (Fasa 4). 
Memetik kenyataan Feige : 

"I am thrilled that Spidey’s journey in the MCU will continue, and I and all of us at Marvel Studios are very excited that we get to keep working on it. Spider-Man is a powerful icon and hero whose story crosses all ages and audiences around the globe. He also happens to be the only hero with the superpower to cross cinematic universes, so as Sony continues to develop their own Spidey-verse you never know what surprises the future might hold." 

Adakah ini bermakna Spider-Man akan turut muncul dalam siri filem Spider-Verse dibangunkan Sony? Sama-sama kita nantikan.

KOMEN ANDA

Previous Post Next Post