Tiada Lagi Filem Spider-Man Dari Marvel Studios?

Filem Spider-Man: Far From Home mencatatkan kutipan box office melepasi angka USD1 billion, menjadikannya filem MCU ketiga mencatatkan kutipan sebanyak itu selepas filem Captain Marvel dan Avengers: Endgame. Malah, filem Avengers: Endgame juga kini mengalahkan filem Avatar sebagai filem yang mencatatkan kutipan paling tinggi dalam sejarah.


Filem terbaharunya,  Spider-Man: Far From Home, kini merekodkan kutipan sebanyak USD1.110 billion. Sudah tentunya kejayaan filem Spider-Man versi MCU ini adalah hasil sokongan peminat tegar Marvel, dan lakonan mantap Tom Holland yang berjaya menonjolkan sisi Peter Parker versi komik ke layar perak yang tidak pernah dilihat sebelum ini, dah tak sabar menantikan filem Spider-Man ketiga pula. Namun kini, harapan itu mungkin musnah apabila dikhabarkan yang Marvel Studios tidak akan lagi menerbitkan filem Spider-Man!

Menurut laporan Deadline, Sony dan Marvel telah menamatkan perjanjian mereka untuk filem terbaharu Spider-Man, yang mana akan diterbitkan secara bersendirian oleh Sony Pictures. Ini bermakna Kevin Feige dan Marvel Studios tidak akan terlibat secara kreatif untuk pengembaraan terbaharu Peter Parker di layar perak. Dikhabarkan juga yang watak Peter Parker/ Spider-Man akan kekal dilakonkan oleh Tom Holland, tetapi Sony akan menentukan hala tuju Spider-Man seterusnya. Perkembangan terbaharu ini juga bermakna tiada lagi watak Spider-Man akan tampil dalam MCU di masa akan datang.

Apakah nasib Spider-Man di tangan Sony Pictures nanti? Sama-sama nantikan perkembangan terbaharu dari kami.

KOMEN ANDA

Previous Post Next Post