SembangFilem

Berita filem dari seorang kaki wayang

Terkini

Monday, August 26, 2019

Siri Disney+ Ms. Marvel Diumumkan - Superhero Beragama Islam Pertama Marvel Dalam Siri TV

Siri Disney+ Ms. Marvel Diumumkan - Superhero Beragama Islam Pertama Marvel Dalam Siri TV

Bulan lalu, Marvel Studios telah mendedahkan senarai penuh filem-filem dan siri Disney+ mereka untuk MCU Phase Four (MCU Fasa 4). Baru sahaja para peminat siri Marvel ingin bertenang, baru-baru di di acara D23 Expo, Kevin Feige telh mengumumkan pula beberapa kejutan baru. Antara yang diumumkan adalah siri Disney+ yang menampilkan superhero beragama Islam pertama Marvel dalam siri TV, iaitu Ms. Marvel, di samping pengumuman siri Disney+ Moon Knight dan She-Hulk!

Kredit gambar : Deffinition

Pertamanya, khabar angin tentang siri berkisarkan watak komik Kamala Khan, atau dikenali sebagai Ms. Marvel, telah berlegar sejak beberapa bulan lalu. Awal tahun ini pula, Mindy Kaling mendedahkan yang beliau telah mengadakan perbincangan berkenaan projek berkenaan bersama pihak Marvel. Dalam komik, Kamala Khan berketurunan Pakistan - Amerika dan tinggal di New Jersey, dan mempunyai keupayaan shapeshifting seperti Mr. Fantastic. Masih belum ada pendedahan siapa yang akan melakonkan watak sebagai Ms. Marvel.


Moon Knight pula merupakan antara watak yang dinantikan oleh peminat Marvel, di mana para peminat merasakan watak berkenaan amat bersesuaian dengan watak-watak yang ditampilkan dalam siri TV Marvel yang ditayangkan di saluran penstriman Netflix. Walau bagaimanapun, selepas Marvel menamatkan kerjasama dengan Netflix (serta menamatkan siri TV mereka) selepas pengumuman saluran penstriman mereka sendiri, Disney+, penampilan Moon Knight nampaknya menemui jalan buntu. Kini, telah rasmilah yang Moon Knight akan mempunyai siri sendiri di Disney+. Dalam komik, Marc Spector memperolehi kuasa luarbiasa dari dewa bulan Mesir, Khonshu, dan bertukar menjadi Moon Knight. Keupayaan Moon Knight akan meningkat seiring dengan perubahan fasa bulan, menjadikan dirinya tidak dapat dijangka kekuatannya.


Seterusnya, pengumuman siri She-Hulk agak mengejutkan ramai pihak. Mungkinkan pelakon watak Hulk, Mark Ruffalo akan muncul dalam siri ini? Ini memandangkan hak untuk filem solo Hulk masih lagi dipegang oleh Universal Studios. Sebab itulah Marvel Studios tidak dapat menghasilkan filem solo Hulk mengikut acuan mereka sendiri, dan Hulk terpaksa 'menumpang' filem-filem lain dalam MCU untuk ditampilkan dalam filem. 

Adakah anda gembira dengan pengumuman ini? Kongsikan pandangan ada di ruangan komen di bawah. 

No comments:

Post a Comment