Inilah Dia Senarai Penuh Filem Dan Siri Disney+ Untuk MCU Phase 4!

Semasa acara San Diego baru-baru ini, Marvel Studios telah mengumumkan senarai filem-filem dan siri Disney+ yang akan membarisi MCU Phase 4 mereka sepanjang tahun 2020-2021. Berikut adalah senarai filem dan siri Disney+ yang bakal ditayangkan, beserta pelan tayangan yang digariskan oleh Marvel Studios:


Black Widow (filem)
Tarikh tayangan : 1 Mei 2020
Pengarah : Cate Shortland
Pelakon : Scarlett Johansson (sebagai Natasha Romanoff/ Black Widow), David Harbour (sebagai Alexei/ The Red Guardian), Florence Pugh (sebagai Yelena), O-T Fagbenle (sebagai Mason) dan Rachel Weisz (sebagai Melina).

The Eternals (filem)
Tarikh tayangan : 6 November 2020
Pengarah : Chloé Zhao
Pelakon : Richard Madden (sebagai Ikaris), Kumail Nanjiani (sebagai Kingo), Lauren Ridloff (sebagai Makkari), Brian Tyree Henry (sebagai Phastos), Salma Hayek (sebagai Ajak), Lia McHugh (sebagai Sprite), Don Lee (sebagai Gilgamesh) dan Angelina Jolie (sebagai Thena).

The Falcon and The Winter Soldier (siri Disney+)
Tarikh tayangan : 2020
Siri ini menampilkan semula watak popular MCU — Sam Wilson ataupun The Falcon, dan Bucky Barnes atau The Winter Soldier — yang akan dipenuhi pengembaraan mereka berdua SELEPAS kejadian yang berlaku dalam filem Avengers: Endgame. Siri ini akan menampilkan Sam Wilson buat pertama kalinya sebagai pengganti kepada Captain America.

Shang-Chi and the Legend of the Ten Rings (filem)
Tarikh tayangan 12 Februari 2021
Pengarah : Destin Daniel Cretton
Pelakon : Simu Liu, Tony Leung, Awkwafina

WandaVision (siri Disney+)
Tarikh tayangan : 2021
Pelakon : Paul Bettany (sebagai Vision), Elizabeth Olsen (sebagai Wanda Maximoff/Scarlet Witch), dan Teyonah Parris (sebagai Monica Rambeau versi dewasa)

Loki (siri Disney+)
Tarikh tayangan : 2021
Pelakon : Tom Hiddleston (sebagai Loki)

Doctor Strange in the Multiverse of Madness (filem)
Tarikh tayangan : 7 Mei 2021
Pengarah : Scott Derrickson,
Pelakon : Benedict Cumberbatch (sebagai Doctor Strange), Elizabeth Olsen (sebagai Wanda Maximoff/Scarlet Witch)

What If….? (siri Disney+)
Tarikh tayangan : 2021
Merupakan siri animasi pertama MCU, meneroka kebarangkalian "alternate realities" dalam MCU.

Hawkeye (siri Disney+)
Tarikh tayangan : 2021
Jeremy Renner akan menyambung wataknya sebagai Clint Barton/ Hawkeye. Beliau dijangka akan melatih Kate Bishop, salah satu watak terkenal dari komik Marvel.

Thor: Love and Thunder (filem)
Pengarah : Taika Waititi
Tarikh tayangan : 5 November 2021
Pelakon : Natalie Portman (sebagai Jane Foster), Chris Hemsworth (sebagai Thor) dan Tessa Thompson (sebagai Valkyrie)
Filem ini merupakan penutup kepada MCU Phase 4, dan buat pertama kalinya akan menampilkan watak Jane Foster sebagai The Mighty Thor, dan Valkyrie selaku raja baru Asgard usai kejadian dalam filem Avengers: Endgame.

Sebagai tambahan, Marvel turut mengumumkan Mahershala Ali sebagai pelakon watak Blade terbaharu mereka, menggantikan Wesley Snipes yang mempopularkan watak berkenaan. Walau bagaimanapun, ianya adalah sekadar pengumuman dan bukanlah sebahagian dari MCU Phase 4. 

Sumber dari SuperheroHype


KOMEN ANDA

Previous Post Next Post