Trailer Pertama Filem Top Gun 2: Maverick Diperlihatkan!

Trailer Pertama Filem Top Gun 2: Maverick Diperlihatkan!

Setelah menunggu sekian lama, akhirnya diperlihatkan trailer pertama filem Top Gun 2: Maverick. Filem yang mengangkat nama Tom Cruise ini bakal ditayangkan pada tahun 2020 nanti. Filem Top Gun 2: Maverick diarahkan oleh Joseph Kosinski, dengan skrip digarap oleh Peter Craig, Justin Marks, Eric Warren Singer, dan Christopher McQuarrie. 


Semasa sesi Comic-Con baru-baru ini, Tom Cruise sendiri mengejutkan hadirin yang hadir apabila muncul selepas pembentangan panel Terminator: Dark Fate dan memperlihatkan trailer pertama filem Top Gun 2: Maverick.  Saksikan trailer tersebut di bawah : 


Beliau dipetik sebagai berkata : 

“For 34 years, you guys have been very very patient with me, and I felt that it was my responsibility to finally really deliver for you. And lest you think the new movie team went full CGI for the plane action... think again. Everything you see in this film, obviously it’s for real. So the flying, working with the Navy, all the flying you’ll see in this picture, everything is real."

Selain Tom Cruise, filem Top Gun 2: Maverick turut menampilkan Miles Teller, Jennifer Connelly, Jon Hamm, Glen Powell dan Val Kilmer yang menyambung wataknya sebagai Iceman. 

Filem Top Gun 2: Maverick dijaduakan untuk tayangan pada 26 Jun 2020.

No comments:

Powered by Blogger.