Filem Terbaharu Thor Diberi Tajuk Thor: Love and Thunder - Natalie Portman Kembali Sebagai Thor Versi Wanita!

Filem Terbaharu Thor Diberi Tajuk Thor: Love and Thunder - Natalie Portman Kembali Sebagai Thor Versi Wanita!

Maafkan kami kerana masih lagi berkongsi berita tentang Comic-Con 2019. Ini kerana di acara berkenaan, Marvel Studios telah berkongsikan perkembangan terbaharu projek-projek filem menarik mereka. Kali ini, mereka telah mengumumkan yang filem keempat Thor telah diberi tajuk rasmi iaitu Thor: Love And Thunder, dan diarahkan oleh Taika Waititi, pengarah filem Thor: Ragnarok dan juga pemberi suara kepada watak Korg. 


BERKAITAN : Filem Thor 4 Diumumkan, Taika Waititi Kembali Ke Kerusi Pengarah

Selain pengumuman tentang tajuk filem berkenaan, pengumuman juga dibuat yang filem Thor: Love And Thunder buat pertama kalinya akan menampilkan jalan cerita dimana kuasa Thor beralih kepada wanita, dan orang yang paling layak untuk menjadi Thor versi wanita adalah Natalie Portman! Pengumuman ini nyata mengejutkan kerana walaupun Portman telah melakonkan watak Jane Foster sebelum ini, beliau ada menyatakan yang beliau tidak akan terlibat lagi dengan mana-mana filem MCU. Selain Portman, Chris Hemsworth dan Tessa Thompson turut akan kembali sebagai Thor dan Valkyrie. 


Jalan cerita di mana kuasa Thor bertukar tangan kepada wanita bukanlah sesuatu yang asing, kerana ianya berlatarkan komik hasil garapan Jason Aaron bertajuk The Mighty Thor, di mana watak Jane Foster yang menghidap kanser mendapat kuasa Thor dan mampu menggunakan Mjolnir, tukul kuasa milik Thor. 


Filem Thor: Ragnarok mencatatkan kutipan sebanyak USD854 juta keseluruhan, sehinggakan pengarah legenda Quentin Tarantino turut mengangkat Thor: Ragnarok sebagai “drastically my favorite MCU movie".

Filem Thor: Love And Thunder dijadualkan untuk tayangan pada 5 November 2021.

No comments:

Powered by Blogger.