Sorotan Comic-Con: Filem Doctor Strange In the Multiverse of Madness Dijadualkan Untuk Tayangan Pada Mei 2021!

Ketika pembentangan Marvel Studios di Comic-Con baru-baru ini, Presiden Marvel Studios, Kevin Feige mengumumkan yang filem kedua Doctor Strange secara rasminya diberi tajuk Doctor Strange In the Multiverse of Madness, dan dijadualkan untuk slot tayangan pada 7 Mei 2021.


Seperti biasa, Benedict Cumberbatch akan kembali melakonkan watak Sorcerer Supreme berkenaan, di mana turut disahkan yang Elizabeth Olsen akan turut muncul sebagai Wanda Maximoff/ Scarlet Witch, yang merupakan kesinambungan dari siri Disney+ bertajuk WandaVision yang turut diumumkan semasa Comic-Con 2019.

Scott Derrickson akan kembali sebagai pengarah, dan semasa bercakap di hadapan penonton di Dewan H, Derrickson berkata beliau berasa sangat teruja untuk memperkenalkan genre “Gothic” dan “Horror” untuk filem Doctor Strange In the Multiverse of Madness, menjadikannya filem seram pertama dalam MCU.

Filem pertama Doctor Strange ditayangkan pada 2016, di mana selain Benedict Cumberbatch, turut menampilkan Chiwetel Ejiofor sebagai Karl Mordo, Rachel McAdams sebagai Christine Palmer, Michael Stuhlbarg sebagai Nicodemus West, Benedict Wong sebagai Wong, Mads Mikkelsen sebagai Kaecilius, dan Tilda Swinton sebagai Ancient One.

KOMEN ANDA

Previous Post Next Post