Sorotan Comic-Con: Simu Liu Akan Melakonkan Watak Shang-Chi, Tony Leung Sebagai Mandarin!


Masih lagi dengan berita Comic-Con 2019, di mana semasa pembentangan oleh Marvel Studios di San Diego Comic-Con, secara rasminya diumumkan yang pelakon Kanada, Simu Liu (Blood and Water, Taken) akan melakonkan watak utama dalam filem Shang-Chi and the Legend of the Ten Rings yang merupakan salah satu dalam senarai filem Fasa 4 MCU. Turut disahkan adalah pelakon veteran, Tony Leung yang akan melakonkan watak Mandarin (Mandarin sebenar, bukan versi Trevor Slattery yang dipaparkan dalam filem Iron Man 3).


Ketika pembentangan tersebut, Kevin Feige menceritakan perancangan untuk menampilkan kembali watak organisasi Ten Rings dan ketua mereka ke MCU :

“The Ten Rings has been in the MCU since the very beginning. Those sons of b*tches. There was an imposter who plated the Mandarin in Iron Man 3. But there is a real Mandarin, and he’s coming to take on Shang-Chi in Shang-Chi and the Legend of the Ten Rings.”

Skrip filem Shang-Chi and the Legend of the Ten Rings ditulis oleh Dave Callaham (Wonder Woman 1984, Zombieland 2, Spider-Man Into the Spider-Verse 2), manakala  Destin Daniel Cretton (Short Term 12) bertindak sebagai pengarah. Filem Shang-Chi and the Legend of the Ten Rings merupakan usaha Marvel untuk memperkenalkan hero yang mempunyai latar belakang etnik Asia-Amerika.

Shang-Chi, juga dikenali sebagai Master of Kung Fu, mula diperkenalkan dalam komik Special Marvel Edition #15 pada 1973 selepas mereka gagal mendapatkan hak siri TV popular ketika itu, iaitu Kung Fu The Legend Continues, dibintangi David Carradine. Seorang pakar seni mempertahankan diri, Shang-Chi akhirnya mempunyai keupayaan untuk mereplikasi dirinya untuk membantunya dalam pertarungan.

Selepas menimbulkan 'kemarahan' peminat terhadap cara Mandarin ditampilkan dalam filem Iron Man 3, Marvel dengan pantas memperbetulkan keadaan apabila melancarkan video pendek, All Hail the King, di mana Trevor (lakonan Sir Ben Kingsley) mendapat tahu yang Mandarin 'sebenar' sememangnya wujud tak tidak gemar dengan apa yang dilakukan oleh Trevor terhadap nama berkenaan. Oleh yang demikian, pengumuman pelakon veteran berumur 57 tahun, Tony Leung sebagai Mandarin sememangnya tepat, dengan barisan filem-filem terdahulunya seperti Hard Boiled, Infernal Affairs, Hero dan The Grandmaster yang mendapat pujian ramai pihak.

Filem Shang-Chi and the Legend of the Ten Rings dijadualkan untuk tayangan pada 12 Februari 2021

KOMEN ANDA

Previous Post Next Post